Thursday, December 13, 2007
Salam pengenalan...
Testing
Aidilfitri Datang Lagi...
Assalammualaikum...
Lebih kurang 3 hari lagi (insyaAllah) umat Islam beramai-ramai akan menyambut Aidilfitri... Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita berpuasa... Cepat betul masa berlalu... Sampai aku tak sedar, dah dekat 3 bulan Abang pergi meninggalkan aku... Abang telah pergi menghadap Illahi... Aku plak masih lagi dalam keadaan sedar dengan tidak aje... Seolah-olah benda nie tak pernah terjadi... Bayangkan, orang yang kita sayangi telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya tanpa sempat kita mengucapkan selamat tinggal... Bagai nak gila aku jadinya... Tak sangka ari tue (Khamis, 12 Julai 2007) merupakan ari yang terakhir aku dapat cakap dengan dier... Sempat lagi dier berpesan kart aku supaya belajar rajin-rajin... Tak sangka aku, itu adalah amanat dier pada aku sebelum dier nak pergi... Abang seolah-olah tahu yang dier akan pergi buat selama-lamanya... Aku menyesal kerana pada ari tue aku tak tunggu lebih lama di sisi dier... Patutlah dier seolah-olah berat hati nak melepaskan aku balik... Aku patutnye sedar isyarat yang diberikan, tapi aku tetap dengan pendirianku iaitu ingin pulang cepat memandangkan aku membawa kawan-kawanku dan aku tidak mahu mereka menunggu lama di situ... Aku betul-betul menyesal... Kalaulah aku luangkan lebih masa bersama-sama Abang, pasti aku tak terkilan seperti sekarang... Maafkan Baby, Sayang... Baby sepatutnya meluangkan lebih banyak masa dengan Sayang pada ari tue... Tapi Baby tak lakukan... Baby betul-betul menyesal dan terkilan sekali... Maafkan Baby, Sayang... Baby tak patut balik awal ari tue... Itulah kata-kata yang sering bermain di kotak fikiranku ini...
Pada zahirnya, orang nampak aku macam dah okay... Tapi batinku terseksa... Takde sape2 pun yang tau apa yang ada dalamnya... Aku simpan semuanya sendirian... Seksanya hidup ini ku teruskan hanya dengan memori indah sewaktu kami bersama... Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku nie... Aku hanya memendam perasaanku ini hanya pada diriku sendiri... Tidak ada seorang pun yang tau kerana aku tidak memberitahu... Bukan apa... Aku tidak mahu lagi menyusahkan semua orang di sekeliling aku... Dah agak lama aku menyusahkan mereka... Jadi biarkanlah aku simpan rasa ini untuk diriku sendiri... Maafkan ku wahai sahabat-sahabatku dan kaum keluargaku... Aku tidak mahu menyusahkan kalian lagi... Cukuplah kalau kalian tau aku dah mulai pulih...
Keesokan harinya (Jumaat, 13 Julai 2007), aku menerima berita yang Abang dalam keadaan tenat... Ya Allah... Betapa sukarnya untuk aku menerima berita tersebut... Bayangan Abang berada dalam kotak fikiranku... Seolah-olah aku seperti tengah duduk berbual dan bergurau senda seperti hari sebelumnya... Dan yang paling aku sedih adalah sebelum aku berangkat pulang, Abang melambai-lambai seperti memberikan aku lambaiannya yang terakhir... Masih segar lagi di ingatanku ini lambaiannya yang begitu syadu... Selepas kelas, atas desakan rakan-rakanku, aku pergi jenguk Abang di hospital... Betapa sayu dan pilunya aku melihat keadaan Abang yang dah tidak sedarkan diri lagi... Bukan seperti semalam sewaktu aku melawatnya... Dengan badannya dipenuhi wayar-wayar serta matanya ditutup dengan pelekat agar tidak kering... Badanku ketika itu terasa macam nak pengsan... Tak ku sangka, Abang dah tak mampu lagi nak berkata-kata dan tidak sedarkan diri ketika aku datang... Tiada lagi gelak tawanya, mulutnye dah tidak boleh lagi nak berkata-kata... Sedih sungguh aku melihat keadaan Abang ketika itu... Aku hanya berdoa agar Abang selamat... Hanya itu yang mampu aku fikirkan waktu itu...
Hari Ahad (15 Julai 2007), aku menjenguk Abang seperti biasa... Namun pada hari tue, tidak ada sebarang perubahan... Abang masih lagi tidak sedarkan diri... Abang seolah-olah telah berada dalam dunianya tersendiri... Sedih aku melihat keadaan Abang pada waktu itu... Aku lihat badan dan kaki Abang dah mulai bengkak... Pada firasatku keadaan Abang dah semakin teruk dan tidak ada harapan lagi untuk hidup... Ini kerana aku juga mempunyai seorang makcik (sekarang dah arwah, Al-Fatihah) yang hidap kanser... Dari pengalaman itu aku dapat tahu keadaan Abang yang tidak mempunyai peluang lagi... Semunya aku berserah dan redha ketentuan-Nya...
Tidak ku sangka keesokan malamnya (Isnin, 16 Julai 2007) aku mendapat panggilan daripada seorang teman yang menyuruh aku segera ke hospital... Rakanku tidak pula memberitahu keadaan sebenar Abang sehinggalah aku sampai di hospital aku mendapat tahu keadaan Abang yang tengah nazak... Bagai tak percaya dengan apa yang telah aku dengari itu... Firasatku kuat mengatakan yang Abang akan pergi meninggalkan aku pada malam itu juga... Rasa macam nak pengsan aku dibuatnya... Nasib baik kawan-kawanku sentiasa kuat dan berdiri teguh di sisi aku... Jika tidak aku rasa aku akan jatuh pengsan... Aku lihat keadaan Abang ketika itu, tercungap-cungap... Seperti tidak mendapat oksigen yang secukupnya... Kesian sungguh aku melihatnya... Terus terang aku katakan aku tidak pernah lagi menghadap orang yang nazak... Arwah makcikku dulu pergi pun aku tidak hadap... Tau-tau sampai jerk Hari Raya aku ziarah kuburnya... Tapi berbeza dengan Abang... Andai kata Allah ingin mengambilnya pada hari itu, itu merupakan pengalaman pertama aku menghadap orang tengah nazak... Sedih dan pilu rasanya apabila aku melihat keadaan Abang... Aku seperti sudah tidak mengenalinya lagi... Badannya telah mengembung seperti meniup angin dalam belon... Badannya hampir keseluruhan telah membengkak dan menjadi dua kali ganda dari badannya yang sebenar... Kakinya aku pegang sudah sejuk seperti berada dalam peti ais, kata orang tua-tua itu petanda seseorang itu tidak akan hidup lama... Aku berserah pada Ilahi... Aku berdoa jika Allah ingin membawanya pergi, ambillah nyawanya... Aku redha... Tidak sanggup lagi aku nak lihat dier terseksa... Pilu rasanya hati ini melihat keadaan Abang yang seakan terseksa itu...
Hari nie (Selasa, 17 Julai 2007), aku pergi ke kelas seperti biasa... Keadaan Abang masih seperti semalam, cuma Abang semakin okay balik... Alhamdulillah... Aku bersyukur terhadap Illahi... Dalam kelas aku dengar dan ambil perhatian terhadap kuliahku pada pagi itu... Malam menjelma... Di rumah, kawan-kawan serumahku separuh telah pergi ke kelas dan separuh lagi ada perjumpaan di luar asrama... Tinggallah aku bersendirian... Melayan fikiran seorang diri... Ntah mengapa aku tetiba aje rindu yang teramat sangat pada Abang... Aku rindu nak dengar suaranya, gelak tawanya, usikan manjanya dan nasihat-nasihatnya... Syahdunya hati aku pada waktu itu... Dengan memainkan lagu-lagu kesukaan kami, aku melihat gambar-gambar kenangan bersama Abang untuk melepaskan rindu yang tak tertahan lagi... Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berehat... Malas ingin melayan perasaan aku yang tak betul ini... Sempat juga aku membacakan Yaasin buat Abang sebelum aku masuk tidur untuk menenangkan hati aku... Tiba-tiba tepat pukul 11.10pm, aku menerima panggilan telefon mengatakan Abang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.55pm... Bagai nak tercabut nyawaku mendengar berita tersebut... Air mataku turun tanpa aku sedari... Aku seperti orang hilang akal... Kawan-kawan serumahku menenangkan aku... Aku tak sangka Abang akan meninggalkan aku secepat ini... Memang aku redha pemergiannya sebab aku tidak mahu Abang terseksa lebih lama lagi, tapi aku tak sanggup nak kehilangan dier...
Keesokkan harinya (Rabu, 18 Julai 2007), selepas habis kelas, aku pergi ke kampungnya di Muar kerana aku mendapat maklumat yang Abang akan ditanam di kampungnya... Memang tak sempat untuk aku melihat Abang untuk terakhir kalinya... Aku sengaja berbuat begitu kerana aku tak tahu aku sanggup melepaskannya pergi jika aku menatapnya untuk kali terakhir... Aku tak kuat untuk menghadapinya... Jadi aku telah pergi menziarahi kuburnya yang masih merah lagi... Sebelum sampai ke kawasan kubur tiada setitik air mata aku pun yang keluar... Bukan tidak sedih kehilangannya, tapi aku tak tahu nak keluarkan apa lagi kerana semalaman aku telah menangis... Sampai di kuburnya, aku terus terpaku... Kaki ku terasa lemah untuk berdiri, lalu aku terpaksa duduk... Aku diberikan kesempatan untuk berbual dengan Abang... Pilu dan sayu hati ku ketika melihat kubur tersebut seperti tidak aku percaya bahawa kubur itu kepunyaan Abang... Abang telah pergi meninggalkan aku... Untuk selama-lamanya... Hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaan aku ketika itu... Aku telah kehilangan tempat bermanja, mengadu nasib dan seorang kekasih yang paling aku sayangi... Aku tak sanggup kehilangan Abang... Aku tidak mahu mempercayai kebenaran yang mengatakan Abang dah tak de lagi... Tapi akhirnya aku sedar dan terpaksa menerima suratan takdir yang tertulis... Mungkin jodoh kami bukan di duniawi tapi mungkin di akhirat kelak...
Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma ini, aku tidak merasakan keseronokan dan tidak semeriah Aidilfitri seperti tahun sudah... Aku seperti merasakan kehilangan dan tidak ingin menyambutnya... Tapi demi orang-orang yang aku kasihi, aku gagahkan diri ini untuk membuatkan orang di sekeliling aku gembira dengan turut gembira sekali di sisi mereka... Aku tidak mahu mereka bersedih melihat keadaan diriku ini... Aku tahu, Abang pun tak mahu aku bersedih selalu... Ya Allah, bantuilah diriku ini... Kuatkanlah diriku menghadapi semuanya... Amin...
Sempena Aidilfitri ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN buat keluargaku yang tersayang dan kawan-kawanku sekalian... Aku ingin memohon ampun dan maaf andai diri ini telah melukakan, mengecilkan hati kalian dengan keadaan sedar atau tidak... Jadi maafkanlah diriku ini...
Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan serumah ku : ekin, nad, iela, sarah, aisyah, dylla, aili, tirah dan wanie; tanpa bantuan kalian semua aku mungkin dah jadi seorang yang hilang akal... Kalian telah bersama-sama bertungkus-lumus cuba membawa aku ke pangkal jalan dan menyedarkan aku... Terima kasih yang tak terhingga sebab sudi dengar luahan dan kesedihan aku nie... Bukan aku ingin mengharapkan simpati kalian, tapi sekadar menjadi pendengar yang baik... Maafkan aku kalau aku dah menyusahkan kalian semua...
Buat sahabatku Haifaa', terima kasih kerana meminjamkan telinga dan masa kau untuk aku... Kau seorang rakan yang baik... Mendengar segala isi hati ku dan sama-sama menangis... Aku ingatkan aku bersendirian... Tetapi kau menyedarkan aku yang aku mempunyai kawan-kawan di sisi aku... Tak putus-putus kau menasihati aku... Terima kasih kerana mengambil berat pasal diriku... Maafkan aku kalau aku mengganggu masa tidurmu dan masa luangmu...
Buat kawan-kawan yang aku tak sebut namanya... Jangan lah kalian berkecil hati... Kalau ingin senaraikan semuanya, mungkin akan mengambil masa yang panjang... Cukuplah kalau aku memberitahu yang aku amat berterima kasih yang teramat sangat terhadap nasihat-nasihat dan bantuan kalian... Kalian merupakan orang yang terpenting dalam hidupku ini... Jangan lah kalian rasa tersisih jika aku tidak menyebut nama kalian... Maafkan aku kalau aku buat kalian terasa...
Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.... Assalammualaikum...
P/S : Marilah kita sama-sama bersedekahkan AL-FATIHAH buat arwah MOHD SHAHMIZAN BIN MALEK... Semoga rohnya di cucuri rahmat-Mu dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman... Amin...